Lelaki idaman

Lelaki idaman
Jika sebelum ini t5 telah menyenaraikan mengenai ciri wanita idaman lelaki, artikel kali ini akan menyenaraikan mengenai ciri lelaki idaman wanita pula. Apakah kriteria-kriteria yang perlu ada pada seorang lelaki untuk berjaya menambat hati seorang wanita? Adakah mereka perlu menjadi seorang yang kaya, bijak, tampan atau sebagainya? Apakah ciri-ciri yang menjadi keutamaan untuk penilaian seorang wanita? Ia akan terjawab selepas anda membaca artikel ini. Pendapat ini adalah hasil daripada suara majoriti yang mewakili wanita. Berkemungkinan ada juga wanita yang tidak sependapat mengenai perkara ini. Diharap artikel ini mampu untuk menjadi panduan terutamanya kepada lelaki yang masih single di luar sana.

Mampu melakukan kerja lelaki- Sebahagian wanita menyatakan bahawa mereka amat mudah terpikat terhadap lelaki yang mampu melakukann kerja-kerja lelaki seperti bertukang, membaiki kenderaan dan sebagainya. Mungkin ini merupakan rahsia yang kebanyakan lelaki tidak sedar.

Sopan- Mungkin ciri seperti ini agak klasik tetapi kebanyakan wanita menyetujui bahawa mereka lebih sukakan jenis lelaki yang sopan. Sopan yang dimaksudkan bukanlah menjurus kepada perwatakan yang lembut, terlalu menjaga tingkahlaku dan sebagainya, ia lebih kepada pertuturan mereka.Ini mungkin disebabkan oleh sifat semulajadi wanita yang mudah terguris dengan kata-kata seorang lelaki.

Cara berpakaian- Bukan wanita sahaja, tetapi orang lain juga akan selesa untuk melihat anda sekiranya berpakaian kemas. Dari segi psikologi pula, ia adalah cara terbaik untuk orang sekeliling membuat tanggapan awal yang positif terhadap diri anda. Apabila sudah berfikiran positif, maka lebih mudah untuk anda mendekati mereka.

Berjaya memikat hati ibubapa- Seorang wanita amat mementingkan perhubungan antara lelaki dengan ibubapa mereka, berbanding lelaki yang biasanya tidak terlalu mementingkan perkara ini. Sekiranya anda berjaya memikat hati ibubapa seorang wanita, anda adalah lelaki idaman mereka.

Mampu berdikari- Bagaimana seorang lelaki mampu untuk melindungi seorang wanita sedangkan diri mereka sendiri masih tidak mampu untuk dilindungi? Persoalan yang selalu bermain di fikiran wanita.

Membuatkan mereka berasa selamat- Sekiranya anda sudah berjaya membuatkan seorang wanita berasa selamat apabila bersama, anda sebenarnya telah berjaya memikat mereka.

Kelakar- Tanggungjawab seorang lelaki adalah untuk membuatkan wanita ketawa.

Mengambil berat- Wanita amat memerlukan perhatian daripada seorang lelaki, Mereka akan merasakan amat dihargai sekiranya anda mengambil berat mengenai diri mereka.

Pegangan agama- Tugas besar seorang lelaki adalah untuk memimpin. Kepimpinan akan goyah sekiranya tiada satu pegangan yang kuat. Ia memang tidak boleh dinafikan.
by: 58net

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s